Hidayah Cintakan Aku Kerana?


Nama aku Mohd Musa Lee bin Abdullah. Sekarang genaplah 6 tahun aku telah memeluk Islam. 

6 tahun yang sudah, aku memeluk Islam sebab aku nak kahwin dengan Nor Hidayah Ghulam. Aku tak kenali pun Islam, Islam bagi aku ialah satu tiket untuk berkahwin dengan Hidayah, cinta sejati aku. Dekat Malaysia, orang Islam kena kahwin dengan orang Islam, tapi kalau non muslim berkahwin dengan muslim, tak boleh dari segi undang-undang. Kan ke bagus kalau sini negara India??? Sesiapa pun bebas untuk berkahwin tanpa mengikut penganut agama hape pun.


Perancangan untuk aku berkahwin dengan Hidayah mendapat tentangan hebat daripada keluarga aku sendiri. 

"Boloooooo punya anak!!!! Ada banyak amoi-amoi lengloi dekat sini, peha semua gebu-gebu, seksi-seksi lagi.....  anak mamak juga kamu pilih??? Hamsap punya anak!!!" 

Tu lah dialog yang daddy aku ungkapkan kepada aku. Ya... aku ingat lagi dialog yang diungkapkan oleh daddy aku masa aku menyampaikan hasrat aku kepada daddy aku yang aku nak kahwin dengan Hidayah. Oh lupa nak kasitau, Hidayah sebenarnya anak mamak, anak kepada taukeh nasi kandar Penang di Ipoh. Hidayah, orangnya agak berisi sedikit, kulitnya hitam manis, matanya bulat seperti Kareena Kapoor...  Dan dia bukan anak orang Melayu yeee... 

Kenapa Hidayah pilihan aku??? Bukannya Miss Ng, Miss Wong, Miss Cheah or mana-mana amoi lain?? Semuanya kerana NASI KANDAR!!!! Hidayah pandai layan customer nasi kandarnya. Tak perlulah aku ceritakan pasal nasi kandar yang menjadi penyebab cinta aku terhadap dia, sebabnya aku nak cerita benda lain kat korang.

Tahun pertama aku berkahwin dengan Hidayah macam-macam dugaan yang berlaku. Aku disisihkan oleh keluarga aku sendiri. Hidayah hari-hari hidangkan aku nasi kandar, pagi, tengah hari, malam, tengah malam dia hidangkan aku nasi kandar dengan teh tarik. Dan akhirnya kolestrol aku naik. 

"Awak ni tak reti masak makanan lain ke???" tanya aku kat Hidayah bila aku buka tudung salji nak makan tengah hari kat rumah. Nasi kandar lagi.

"Abang nak roti canai plak ke???" tanya Hidayah sopan santun.

"Aduuuuuhhhhhhhhhhhhhhhh..... roti canai plak!!!!! Fed up aku!!! Fed up!!! Saya ni dah tahap kolestrol tinggi!!! Bagilah makanan yang tak tinggi kolestrol sikit!!!" aku sound sambil tepuk meja makan dua-dua belah tangan. Aku blah dari rumah, drive terus ke restoran ikan bakar kat stadium Ipoh. Kempunan aku nak makan ikan keli bakar cicah dengan air asam.

Settle aku makan nasi lauk ikan keli bakar, aku drive nak pulang rumah balik. Tiba-tiba aku terasa nak makan cendol, lalu aku singgah kat gerai cendol kat tepi jalan. Orang mamak gak yang buat cendol tu. Masa aku makan cendol tu, aku terasa bersalah sangat dengan Hidayah, pasal makan pun nak jadi isu besar ke.... Last-last CENDOL pulut gak aku belasah, makanan famous serve by golongan mamak. 

Aku pulang ke rumah, kalau boleh aku nak peluk terus Hidayah dan minta maaf. Elok je aku masuk ke rumah, aku tengok Hidayah tengah duduk sensorang kat meja makan. Atas meja makan tu ada nasi,  lauk ikan patin masak tempoyak, telur dadar dengan air sirap... 

Aku menghampiri Hidayah yang tengah tunggu untuk aku makan bersama dengannya barangkali,

"Awak masak ni???" tanya aku kat Hidayah sambil aku duduk kat kerusi meja makan. Bontot kerusi tu aku hampirkan sedikit dengan kerusi Hidayah tengah duduk.

"Saya buat telur dadar dengan air sirap jeeee... Gulai tempoyak ni saya beli kat kedai je." dia jawab.

Aku gelak besar.... Struggle giler kot Hidayah nak entertain aku. Aku cium dahi dia, dan aku minta maaf sebab aku emo tadi.

Starting on dat day, Hidayah dah tak masak nasi kandar dah. Dia masak macam-macam untuk aku. Dari masakan India, Melayu, Thai sampailah ke Western Food. Terima kasih Hidayah.

"Hidayah...." aku cakap kat bini aku. Kami berdua dekat kusyen tengok tv cerita Hindustan bertajuk Bobby.

"Ye????" Hidayah balas.

"Awak tau kenapa saya cintakan awak sampai saya sanggup tinggalkan keluarga saya, saya peluk Islam???"

"Kenapa???" dia tanya.

"Sebab awak pandai layan saya. Sebab awak bersungguh-sungguh untuk layan saya." 

"Owwwhhhhh, ok...."

Hek eleeeee.... Simple je dia balas. Kecik beso kecik besor je aku tengok dia ni. Siku kang!!! Romantik la sikit!!!

Aku tanya dia,

"Awak cintakan saya tak???"

"Cinta..." simple lagi dia jawab.

"Sebab????"

"Ntah.. tak tau... "

"Takkan takde reason kot???" aku offkan tv guna remote. Hidayah pandang aku. Lalu dia balas,

"Mungkin sebab awak kelakar, awak hargai penat lelah saya dan awak romantik... Entah lah tak tau laaaaa!!!!!!"dia rampas remote tv daripada aku, terus bukak cerita Bobby balik.

Aku gelak jeeeee... Saja nak mengusik. Orang perempuan mungkin pemalu kot nak ceritakan yang sebenar. Tapi yang pasti aku memang cintakan dia lebih daripada dia cintakan aku. Buktinya aku sanggup ketepikan keluarga aku dan tinggalkan agama lama aku.

Satu hari masa aku nak drive ke ofis, dada aku sakit. Barangkali kena heart attack, lalu aku terbabas. Aku koma 2 minggu lamanya.

Masa aku koma, aku sedar yang Hidayah menemani aku sepanjang masa dekat hospital. Dia bacakan aku yasin. Dia baca beberapa surah quran kat telinga aku. Dia juga yang bersihkan badan aku.

Paling aku ingat, dia pernah berbisik kat aku,

"Awak ingat tak lagi masa kita berdua tengah tengok filem Bobby dulu awak pernah tanya kat saya, kenapa saya cintakan awak???"

"Saya jawab, saya cintakan awak sebab awak kelakar... Tapi sekarang awak hanya diam saja. Saya nak dengar gurauan awak lagi... Jadi perlu ke saya mencintai awak lagi???" nada sebak Hidayah berbisik kat aku.

"Saya cakap saya cintakan awak sebab awak pandai hargai saya. Tapi sekarang, awak hanya diam saja.... Siapa yang akan hargai saya lagi lepas ni???? Kalau macam ni, saya takkan cintakan awak lagi."

"Saya cakap saya cintakan awak sebab awak romantik. Sekarang awak dah kaku macam patung, siapa lagi lelaki yang akan beromantik dengan saya???? Saya tak cintakan awak lagi..."

"Awak cakap awak cintakan saya sebab saya pandai layan awak. Tapi sekiranya saya yang koma adakah awak akan cintakan saya lagi??? Adakah awak akan kembali ke agama lama awak??? Kalau saya koma, saya tak boleh  layan awak lagi..."

Dalam situasi koma tu, aku tak boleh buat apa-apa. Aku hanya mampu mendengar rintihan Hidayah. Aku sedih, family aku langsung tak jenguk aku biarpun aku koma akibat kemalangan. Hanya Hidayah saja yang sentiasa bersama aku. Mungkin aku menitis air mata ketika tu.

Hidayah sambung berbisik kepada aku,

"Saya cinta dan sayangkan awak sebab awak adalah pemberian Allah kepada saya. Saya perlu menghargai pemberian Allah, saya perlu menjaga pemberian Allah ni...." lalu dia kucup dahi aku.

Selang beberapa minggu aku sedar dari koma. Aku buka mata aku dan lihat Hidayah sedang duduk memegang tangan aku. Dia senyum, aku pun senyum... Lalu aku berkata,

"Hidayah..........."

"Yeeeeee........?" balas Hidayah lembut dan manja.

"Terima kasih Hidayah. Terima kasih sebab cintakan saya kerana Allah. Terima kasih sebab menemani saya selalu. Terima kasih kerana selalu doakan saya. Terima kasih sebab menyebabkan saya bersemangat untuk saya sedar dari koma. Terima kasih sebab menyedarkan saya apa tujuan cinta ni. Terima kasih sebab bawa saya memeluk Islam."

"Sama-sama.... Errrrr abang nak nasi kandaq????????????" tanya Hidayah tersenyum.

"Haaaaaaaa???? Nasi kandaq lagi???? HAIYYYYAAAA!!!!!"

Huhuhuhuhu... Begitulah cerita aku. Hakikatnya aku telah kehilangan keluarga lama aku. Tapi walau aku hilang keluarga aku, aku ada Hidayah. Dan aku terima hidayah dari Allah untuk aku mengacu hidup aku ke syurga.Alhamdulillah. Cintailah seseorang kerana Allah..